Pernahkan anda terfikir bagaimana institusi pajak gadai islam mengira kos penyimpanan emas anda? Ar Rahnu Cahaya menggunakan struktur Pembiayaan Ar-Rahnu Tawarruq melalui transaksi Murabahah, di mana keuntungan pembiayaan ditetapkan berdasarkan Nilai Pembiayaan seperti yang dinyatakan dalam SAP.
Di Ar Rahnu Cahaya, kami percaya bahawa ketelusan adalah kunci kepercayaan pelanggan. Dalam artikel ini, kami akan membongkar formula sebenar cara mengira kadar keuntungan Ar Rahnu supaya anda boleh merancang kewangan dengan lebih bijak.
Apakah kadar Keuntungan Pembiayaan Ar-Rahnu?
Keuntungan pembiayaan ialah margin keuntungan yang dikenakan dalam transaksi Murabahah. Bagi produk Ar Rahnu Cahaya, keuntungan dikira berdasarkan Nilai Pembiayaan (Harga Belian Komoditi) dan kadar yang terpakai akan dinyatakan dalam SAP.
Ini adalah perbezaan besar berbanding sistem konvensional yang mengira faedah berdasarkan baki hutang. Dengan sistem Ar Rahnu, anda mendapat perlindungan aset yang lebih terjamin dan beretika.
Formula Pengiraan Keuntungan Pembiayaan
Secara umumnya, kebanyakan institusi Ar Rahnu di Malaysia menggunakan formula berikut:
Kadar keuntungan = Nilai pembiayaan X kadar pembiayaan% X Tempoh simpanan
Komponen Penting:
- Nilai Marhun: Harga semasa emas anda mengikut berat dan mutu (contoh: emas 916)
- Fi pemprosesan: kadar yang ditetapkan oleh institusi ( biasanya antara RM0.50 hingga RM0.85)
- Tempoh: Jumlah bulan atau hari emas anda disimpan
Contoh Situasi Pengiraan
Katakan anda ingin memajak seuntai gelang emas 916 seberat 20 gram.
- Item : Rantai
- Nilai Marhun : RM3500
- Nilai Pembiayaan : RM2450 (RM3500 x 70%)
- Kadar Keuntungan Sebulan : RM34.80 (RM2450 x 1.42%) 1.42% berdasarkan pada nilai pembiayaan (rujuk no.3)
- Tempoh: 7 bulan
Di Ar Rahnu Cahaya, kami memastikan setiap sen dikira dengan tepat di hadapan pelanggan bagi menjamin ketelusan mutlak.
Mengapa Kadar Keuntungan Pembiayaan Ar Rahnu Cahaya Lebih Berbaloi?
Bagi penduduk di sekitar Lembah Klang, mencari tempat pajakan dengan kadar upah yang rendah adalah sangat penting untuk mengurangkan beban tebusan. Kami menawarkan:
- Kadar Kompetitif: Antara yang terendah di pasaran untuk membantu usahawan mikro.
- Penilaian Tinggi: Margin pembiayaan sehingga 75% – 80% daripada nilai emas.
- Ketelusan Caj: Anda hanya bayar Kadar keuntungan dan caj berkaitan yang dipersetujui dalam Surat Akuan Pembiayaan Shariah (SAP).
Jika anda berada di sekitar Selangor, anda boleh mengunjungi cawangan Ar Rahnu Shah Alam Seksyen 23 atau bagi mereka di kawasan Kuala Lumpur, cawangan Ar Rahnu Pandan Jaya sedia menerima kunjungan anda.
Tips Mengurus Kos Pembiayaan Ar-Rahnu
- Penyelesaian Awal: Jika anda hanya perlukan tunai untuk 2 bulan, Ibra’ (rebat) akan diberikan mengikut polisi Ar Rahnu Cahaya. Walau bagaimanapun, keuntungan minimum satu (1) bulan penuh tetap dikenakan.
- Pantau Harga Emas: Cagar ketika harga emas tinggi untuk mendapatkan jumlah pembiayaan yang lebih besar dengan jumlah emas yang sedikit.
- Gunakan Keahlian: Sertai program ahli untuk menikmati rebat atau kadar istimewa.
Kesimpulan
Memahami kaedah pengiraan keuntungan pembiayaan Ar-Rahnu bukan sahaja melindungi anda daripada dimanipulasi, malah membantu anda melihat emas sebagai aset kecairan yang hebat. Sifatnya yang fleksibel menjadikan Ar Rahnu pilihan utama rakyat Malaysia untuk mendapatkan tunai segera tanpa perlu menjual emas kesayangan.
Sedia untuk membuat penilaian emas anda? Klik butang di bawah untuk menghubungi pakar kami atau kunjungi mana-mana lokasi cawangan Ar Rahnu Cahaya berdekatan anda hari ini!
Soalan Lazim Upah Simpan
Keuntungan pembiayaan dikira berdasarkan Nilai Pembiayaan (Harga Belian Komoditi). Kadar keuntungan semasa ialah 1.42% sebulan bagi margin pembiayaan 70%, 1.53% sebulan bagi margin 75% dan 1.56% sebulan bagi margin 80%. Jumlah sebenar bagi setiap transaksi akan dinyatakan dalam SAP pelanggan.
Tidak. Upah simpan bukan faedah atau riba. Ia adalah caj perkhidmatan (ujrah) untuk kos penyimpanan, keselamatan, dan perlindungan takaful ke atas emas anda. Caj ini dikira berdasarkan nilai marhun, bukan jumlah pinjaman — sepenuhnya patuh Syariah.
Bayaran keuntungan boleh dibuat secara bulanan atau sekaligus pada akhir tempoh cagaran (7 bulan). Anda juga boleh membuat bayaran secara online melalui eBayar Ar Rahnu Cahaya tanpa perlu ke cawangan.
Ya. Anda boleh mengurangkan keuntungan pembiayaan dengan menebus marhun (emas) dengan lebih awal. Pelanggan akan diberikan ibra’ (rebat) pada hari penjelasan mengikut polisi Ar Rahnu Cahaya. Walau bagaimanapun, keuntungan minimum bagi satu (1) bulan penuh tetap akan dikenakan walaupun penebusan awal dibuat dalam tempoh kurang daripada (1) bulan.
