SOALAN LAZIM
Maklumat yang anda mungkin ingin tahu
Tawarruq ialah transaksi di mana pelanggan membeli komoditi daripada Ar Rahnu Cahaya secara Murabahah pada Harga Jualan bertangguh. Komoditi tersebut kemudiannya dijual kepada pihak ketiga untuk memperoleh tunai, lazimnya melalui pelantikan Ar Rahnu Cahaya sebagai wakil kepada pelanggan.
Semua cawangan buka pada pukul 9 pagi – 6 petang dari Isnin – Ahad kecuali:
Cawangan disenaraikan di bawah tutup pada hari Ahad
1) Pj New Town
2) Maluri
3) Senawang Angerik
4) Senawang Komersil
5) Wisma Trax
6) Sri Manja
7) PGI Manja
8) Bandar Seremban
9) Seremban Jaya
10) Sungai Way
● Berumur 18 tahun & ke atas.
● Individu yang dapat mengemukakan kad pengenalan atau Pasport untuk tujuan pengesahan.
● Mempunyai emas.
● Kami menerima semua jenis emas
● Barang kemas yang berbatu juga diterima tetapi nilai pembiayaan adalah berdasarkan nilai kandungan emas sahaja.
● Tempoh pembiayaan adalah tujuh (7) bulan, bermula dari tarikh pembiayaan sehingga tarikh matang yang dinyatakan dalam SAP.
● Pembaharuan cagaran adalah dibenarkan dengan syarat perlu membayar kadar keuntungan yang telah ditetapkan.
● Boleh hadir di mana-mana cawangan yang berdekatan.
● Hanya perlu membawa emas & kad pengenalan atau passport.
Pembaharuan boleh dibuat secara atas talian melalui eBayar Cahaya dan surat baharu akan dihantar melalui e-emel anda.
Pencagar perlu mendapatkan surat sumpah dari cawangan yang berkenaan Membawa surat sumpah itu untuk dicop & disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah atau pihak mahkamah.

