SOALAN LAZIM
Maklumat yang anda mungkin ingin tahu
Apakah maksud Tawarruq?
Tawarruq merujuk kepada transaksi jual beli komoditi atau aset secara tangguh melalui Murabahah (harga kos ditambah margin) atau Musawamah (harga tanpa pendedahan kos dan margin), yang kemudian dijual tunai kepada pihak ketiga untuk mendapatkan tunai.
Waktu urusniaga?
Semua cawangan buka pada pukul 9 pagi – 6 petang dari Isnin – Ahad kecuali:
Cawangan disenaraikan di bawah tutup pada hari Ahad
1) Pj New Town
2) Maluri
3) Senawang Angerik
4) Senawang Komersil
5) Wisma Trax
6) Sri Manja
7) PGI Manja
8) Bandar Seremban
9) Seremban Jaya
Apakah syarat kelayakan membuat cagaran?
● Berumur 18 tahun & ke atas.
● Individu yang dapat mengemukakan kad pengenalan atau Pasport untuk tujuan
pengesahan.
● Mempunyai emas.
Apakah yang boleh dicagar?
● Kami menerima semua jenis emas
● Barang kemas yang berbatu juga diterima tetapi nilai pembiayaan adalah berdasarkan nilai kandungan emas sahaja.
Berapakah tempoh cagaran?
● Tempoh cagaran yang diberikan adalah 6 bulan.
● Pembaharuan cagaran adalah dibenarkan tetapi perlu membayar kadar keuntungan.
Bagaimana cara cagaran?
● Boleh hadir di mana-mana cawangan yang berdekatan.
● Hanya perlu membawa emas & kad pengenalan atau passport.
Bolehkah pembaharuan dibuat atas talian?
Pembaharuan boleh dibuat secara atas talian melalui eBayar Cahaya, namun pelanggan perlu menyimpan surat cagaran lama dan datang ke cawangan untuk menukar surat baru apabila mempunyai masa lapang.
Kehilangan Surat Cagaran
Pencagar perlu mendapatkan surat sumpah dari cawangan yang berkenaan Membawa surat sumpah itu untuk dicop & disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah atau pihak mahkamah.